SELAMAT DATANG KE BLOG PASUKAN KOR KADET POLIS, POLIS DIRAJA MALAYSIA DAERAH PAPAR SABAH

Friday, February 5, 2010

SKUAD RONDAAN BERSAMA (PDRM & PEJABAT PELAJARAN DAERAH PAPAR)
Latar belakang "SKUAD RONDAAN BERSAMA"
Matlamat : Sebagai langkah membanteras pembabitan para pelajar dalam gejala sosial .
Objektif :
1. Menjadi sebuah badan bertindak untuk menangani masalah sosial dalam kalangan pelajar
sekolah di daerah Papar.
2. Mewujudkan dan memantapkan hubungan dalam konteks pendidikan sahsiah antara pihak Polis
pihak Majlis Daerah, NGO ,masyarakat dan sekolah-sekolah daerah Papar.
3. Menyedarkan para pelajar tentang peranan dan tanggungjawab sebenar sebagai remaja, pelajar
dan ahli masyarakat.
4. Memberi tunjuk ajar dan pendidikan dalam pelbagai pendekatan termasuk melalui Skuad
Rondaan Bersama
Senario : Sepanjang tahun 2009- ada pelajar sekolah yang terlibat dalam gejala sosial ( ponteng sekolah,
merokok, aktiviti tidak bermoral dan sebagainya) Oleh itu, senario ini membawa kepada keperluan
usaha membanteras dan menanganinya dengan lebih berkesan dengan menggunakan pelbagai pendekatan .

DSP Nek Zaidi Zakaria dan En. Abdidn Marjan ( Pegawai Pelajaran Daerah Papar )bersama-sama menerangkan tugas dan peranan jawatankuasa yang terlibat.



Kehadiran Kesemua Pengetua sekolah di daerah Papar membuktikan komitmen dan keperihatinan mereka terhadap usaha murni untuk membentuk pelajar cemerlang dalam semua aspek.


Sebahagian daripada Inspektor Kadet yang bakal menjalankan tugas "Skuad Rondaan Bersama
"

No comments:

Post a Comment