SELAMAT DATANG KE BLOG PASUKAN KOR KADET POLIS, POLIS DIRAJA MALAYSIA DAERAH PAPAR SABAH

Tuesday, February 23, 2010

Kadet Aidatul Fatinah Salim (SMKA Limauan Kimanis Papar) Naib Johan kategori anggota
Berita Gembira dan membanggakan Pasukan Kor Kadet Polis Diraja Malaysia Daerah Papar disampaikan oleh Sarjan Yusof Motek (HEA) kepada Insp. Kadet Salim Tahir selaku Johan Juara disiplin peringkat negeri Sabah 2009 dalam kategori Pegawai Kadet Polis.
Inspektor Kadet Salim Tahir Johan Juara Disiplin 2009(SMAL)
Tahniah juga kepada anggota kadet Aidatul Fatinah Salim (SMKA Limauan Kimanis) Naib Johan anggota dan ketiga Mohd Ami Vindos (SMK Benoni)
Tahniah kepada Pegawai dan anggota yang berjaya Temuduga Juara Penuh Kor Kadet Polis Negeri Sabah. Kepada pegawai dan anggota yang lain tingkatkan prestasi mantapkan disiplin diri semoga berjaya...






Friday, February 5, 2010

SKUAD RONDAAN BERSAMA (PDRM & PEJABAT PELAJARAN DAERAH PAPAR)
Latar belakang "SKUAD RONDAAN BERSAMA"
Matlamat : Sebagai langkah membanteras pembabitan para pelajar dalam gejala sosial .
Objektif :
1. Menjadi sebuah badan bertindak untuk menangani masalah sosial dalam kalangan pelajar
sekolah di daerah Papar.
2. Mewujudkan dan memantapkan hubungan dalam konteks pendidikan sahsiah antara pihak Polis
pihak Majlis Daerah, NGO ,masyarakat dan sekolah-sekolah daerah Papar.
3. Menyedarkan para pelajar tentang peranan dan tanggungjawab sebenar sebagai remaja, pelajar
dan ahli masyarakat.
4. Memberi tunjuk ajar dan pendidikan dalam pelbagai pendekatan termasuk melalui Skuad
Rondaan Bersama
Senario : Sepanjang tahun 2009- ada pelajar sekolah yang terlibat dalam gejala sosial ( ponteng sekolah,
merokok, aktiviti tidak bermoral dan sebagainya) Oleh itu, senario ini membawa kepada keperluan
usaha membanteras dan menanganinya dengan lebih berkesan dengan menggunakan pelbagai pendekatan .

DSP Nek Zaidi Zakaria dan En. Abdidn Marjan ( Pegawai Pelajaran Daerah Papar )bersama-sama menerangkan tugas dan peranan jawatankuasa yang terlibat.



Kehadiran Kesemua Pengetua sekolah di daerah Papar membuktikan komitmen dan keperihatinan mereka terhadap usaha murni untuk membentuk pelajar cemerlang dalam semua aspek.


Sebahagian daripada Inspektor Kadet yang bakal menjalankan tugas "Skuad Rondaan Bersama
"

Thursday, January 14, 2010










MAJLIS PERMUAFAKATAN



- En. Abidin Marjan ( Pegawai Pelajaran Daerah Papar ) bersama-sama ASP Mohd Fuad ( IPD Papar) Pengerusi bersama dan Sarjan Yusof Motek (HEA IPD Papar) membincangkan tentang Program Pencegahan Gejala Sosial dalam kalangan pelajar khususnya di daerah Papar. Majlis ini telah bersetuju untuk mewujudkan Skuad Ronda Bersama yang dianggotai oleh Inspektor Kadet Polis dan anggota-anggota Polis daerah Papar.


ASP Kadet Majid Jaafar bertindak sebagai Setiausaha memperincikan bidang tugas Inspektor Kadet Polis yang terpilih dalam program ini.

Monday, November 16, 2009

Sekitar Jamuan Akhir Tahun Kelab Pegawai Kadet Polis Papar


Ucapan Perasmian
DSP Nek Zaidi Zakaria
Ketua Polis Daerah Papar






En. Abidin Marjan
Pegawai Pelajaran Daerah Papar



berbual mesra bersama-sama para guru dan menyampaikan amanat







sebahagian tetamu yang hadir, anggota polis dan para pengetua




Johan dan N. Johan tembak M16
Tn. Ikhbal Khan & Tn. Salim Tahir





Sebahagian Insp. Kadet yang hadir

Jamuan Akhir Tahun Kelab Pegawai Kor Kadet Polis Papar telah berlangsung dengan meriah dan penuh santai ( sesuai dengan tema). Ucapan Khas Kepada AJK Jamuan dan kepada mereka yang sudi hadir memeriahkan majlis tersebut. Terima Kasih...





















































































































Thursday, November 5, 2009









DSP Nek Zaidi Bin Zakaria
Ketua Polis Daerah Papar


Sarjan Yusof Motek
HEA IPD Papar


Kopral Jamaliah Bt. Seroji
HEA IPD Papar








ASP Majid Jaafar Pengerusi Teknik Daerah Papar Pasukan Kor Kadet Polis Diraja Malaysi Daerah Papar







Ucapan terima kasih kepada barisan pentadbiran Pasukan Kor Kadet Polis Diraja Malaysia, Daerah Papar.



TAHNIAH

Khas Untuk ASP Majid Jaafar ( Pengerusi Teknik Daerah ) kerana terpilih sebagai wakil Pegawai Kadet Polis negeri Sabah menghadiri kursus khas pegawai di Pusat Latihan Polis Air Hitam Negeri Sembilan-

30 nov. hingga04 Disember - Selamat Berkursus-

Lagi Mantop pasukan kita...

Tuesday, November 3, 2009

PENGUMUMAN
JAMUAN AKHIR TAHUN PASUKAN KOR KADET POLIS DAERAH PAPAR 2009
TARIKH : 15 NOVEMBER 2009
MASA : 11.00 PAGI
TEMPAT : BERINGGIS RESORT PAPAR