SELAMAT DATANG KE BLOG PASUKAN KOR KADET POLIS, POLIS DIRAJA MALAYSIA DAERAH PAPAR SABAH

Saturday, April 9, 2011














Sambutan Hari Kadet Polis Ke-41 disambut dengan penuh meriah dan penuh istiadat. Majlis ini disempurnakan oleh DSP George Abd Rakman Ketua Polis Daerah Papar.Turut hadir En. Abidin Marjan Pegawai Pelajaran Daerah Papar, Para Pegawai Kanan Polis Daerah Papar, Pengetua-pengetua Daerah Papar, Penolong Kanan Kokurikulum setiap sekolah dan para Pegawai Kadet Polis serta anggota Kadet Polis Daerah Papar.Dalam perutusan Ketua Polis Negara yang telah disampaikan oleh DSP George Abd Rakman mengharapkan agar anggota kadet Polis sentiasa berdisiplin dan mengelakkan terlibat dengan gejala yang kurang sihat. Anggota Kadet hendaklah sentiasa bersedia dan beru saha mencapai kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum .

Thursday, March 31, 2011


Kadet Polis Daerah Papar sekali lagi mencapai kecemerlangan melalui Pencapaian Juara Penuh Kadet Polis Kontingen Sabah. Tahniah Kepada Inspektor Kadet Mohd Syazwi Rusdam (SMKA Limauan Papar )

Friday, August 20, 2010

Latihan kendali senjata M16 berjalan lancar .

Monday, August 9, 2010

Ucapan Tahniah dan terima kasih daripada Pasukan Kor Kadet Polis daerah Papar kepada Tn. Salim, Tn. Halim dan Tn. Ikhbal, diatas kenaikan pangkat tuan-tuan. Selamat Berjaya.

Thursday, April 8, 2010


Sambutan Hari Kadet Polis, Perkhemahan Daerah dan Petandingan Kawad Pasukan Kadet Polis Papar meriah .
- 2 hingga 4 April 2010 Pasukan Kadet Polis Daerah Papar merentas masa dan tenaga dengan mengadakan program 3 dalam 1 yang bertujuan menyahut seruan kerajaan agar berjimat cermat. Program Tahunan ini pada kebiasaannya disambut secara berasingan dapat dilaksanakan dengan jayanya malah telah melibatkan kesemua pasukan kadet polis diseluruh daerah Papar. DSP Nek Zaidi Zakaria dalam ucapannya mengharapkan agar anggota dapat meningkatkan prestasi dan menggelakkan diri daripada terlibat dalam gegala sosial dan membantu pihak sekolah dan polis membanteras gejala atau pelanggaran disipln pelajar.



Tuesday, February 23, 2010

Kadet Aidatul Fatinah Salim (SMKA Limauan Kimanis Papar) Naib Johan kategori anggota
Berita Gembira dan membanggakan Pasukan Kor Kadet Polis Diraja Malaysia Daerah Papar disampaikan oleh Sarjan Yusof Motek (HEA) kepada Insp. Kadet Salim Tahir selaku Johan Juara disiplin peringkat negeri Sabah 2009 dalam kategori Pegawai Kadet Polis.
Inspektor Kadet Salim Tahir Johan Juara Disiplin 2009(SMAL)
Tahniah juga kepada anggota kadet Aidatul Fatinah Salim (SMKA Limauan Kimanis) Naib Johan anggota dan ketiga Mohd Ami Vindos (SMK Benoni)
Tahniah kepada Pegawai dan anggota yang berjaya Temuduga Juara Penuh Kor Kadet Polis Negeri Sabah. Kepada pegawai dan anggota yang lain tingkatkan prestasi mantapkan disiplin diri semoga berjaya...






Friday, February 5, 2010

SKUAD RONDAAN BERSAMA (PDRM & PEJABAT PELAJARAN DAERAH PAPAR)
Latar belakang "SKUAD RONDAAN BERSAMA"
Matlamat : Sebagai langkah membanteras pembabitan para pelajar dalam gejala sosial .
Objektif :
1. Menjadi sebuah badan bertindak untuk menangani masalah sosial dalam kalangan pelajar
sekolah di daerah Papar.
2. Mewujudkan dan memantapkan hubungan dalam konteks pendidikan sahsiah antara pihak Polis
pihak Majlis Daerah, NGO ,masyarakat dan sekolah-sekolah daerah Papar.
3. Menyedarkan para pelajar tentang peranan dan tanggungjawab sebenar sebagai remaja, pelajar
dan ahli masyarakat.
4. Memberi tunjuk ajar dan pendidikan dalam pelbagai pendekatan termasuk melalui Skuad
Rondaan Bersama
Senario : Sepanjang tahun 2009- ada pelajar sekolah yang terlibat dalam gejala sosial ( ponteng sekolah,
merokok, aktiviti tidak bermoral dan sebagainya) Oleh itu, senario ini membawa kepada keperluan
usaha membanteras dan menanganinya dengan lebih berkesan dengan menggunakan pelbagai pendekatan .

DSP Nek Zaidi Zakaria dan En. Abdidn Marjan ( Pegawai Pelajaran Daerah Papar )bersama-sama menerangkan tugas dan peranan jawatankuasa yang terlibat.



Kehadiran Kesemua Pengetua sekolah di daerah Papar membuktikan komitmen dan keperihatinan mereka terhadap usaha murni untuk membentuk pelajar cemerlang dalam semua aspek.


Sebahagian daripada Inspektor Kadet yang bakal menjalankan tugas "Skuad Rondaan Bersama
"